Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/11/lirik-lagu-150-juta-ainan-tasneem.html#ixzz2PUfKQt1K
my name
Thursday, 4 April 2013
Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan yerrr ~jangan dianggap mengongkong~
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.
Wednesday, 3 April 2013
LEMBUT HATI - Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.
BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.
FEMININ- Tidak dinafikan lagi lelaki suka perempuan yang mempunyai ciri feminin. Feminin disini bermaksud adakah seseorang perempuan itu mempunyai ciri penyayang, lemah lembut, mengambil berat dan berperibadi yang baik. Ini kerana bagi lelaki, perempuan bersikap feminin mampu melengkapi kekurangan pada diri mereka. Namun, jika seorang lelaki itu menyukai perempuan bersifat maskulin, kemungkinan besar lelaki itu mempunyai sifat feminin.
SUARA - Perempuan secara semulajadi dikurniakan suara yang difikirkan bagi lelaki amat menarik. Tidak kira sama ada suara perempuan itu serak basah, lembut, kuat atau pun bernada tinggi, pasti saja ada yang mampu membuat lelaki tertarik.
SENYUMAN - Jika anda ingin membuat seorang lelaki tergila-gilakan anda apatah lagi syok sendiri, anda berilah senyuman yang ikhlas pada dia. Sudah tentu dia akan mula melekat pada anda. Wajah perempuan yang tersenyum lebih mudah diingati berbanding wajah yang muram.
MATA
- Selain senyuman, cara perempuan memandang lelaki juga mampu membuat lelaki tertarik. Masih ingat lagu 'Dari Kerberlatih menghadap cermin memandang seperti pontianak.
RAMBUT - Kebanyakan lelaki mendapatkan tertarik dengan rambut agak panjang terutama mereka yang berambut panjang mencecah bahu kerana ianya kelihatan lebih feminin. Tapi sesetengah lelaki jugak suka perempuan yang berambut pendek. Nampak cute dan comei gitu....
TUBUH BADAN - Tak dapat disangkal lelaki mendapati tubuh badan perempuan amat mempengaruhi seseorang perempuan itu menarik atau tidak ialah ketinggian, bibir, dan terutama bahagian payudara dan punggung. Terliur der.....Kalau jalan nampak amoi tunjuk tali bra pun rasa macam nak tarik je...'Tas'..'Tas'....
BERKEYAKINAN - Akhir sekali, sesetengah lelaki suka perempuan yang berkeyakinan. Ia seolah-olah perempuan berkenaan mampu menyokong lelaki dan membantu lelaki dalam kehidupan mereka.
Sunday, 27 January 2013
kepenatan melanda bagai tsunami
fuhhh kepenatan di petang hari dah la banyak assignment then this week ada presentation lagi..haiisshh memang bengkak ler jari jemari aku kene siapkan benda alah ni..
penat memang la penat tapi tension tue dapat hilang bila dengar lagu then blogging lagi,berfb lak tue..haiissshhh kenape la semua benda aku nak buat..tamak betul :) ahhh ada aku kisah yang penting aku happy hidup dengan cara aku hehehe
cakap je weekend tapi weeekend yang paling sedih ;'(
penat memang la penat tapi tension tue dapat hilang bila dengar lagu then blogging lagi,berfb lak tue..haiissshhh kenape la semua benda aku nak buat..tamak betul :) ahhh ada aku kisah yang penting aku happy hidup dengan cara aku hehehe
:'( sedih tak de sape nak tolong buatkan untuk aku ker???
Friday, 11 January 2013
tanggal jumaat 11/1/13
aku nak kongsi ahhh sikit pasal tanggal ni..tapi tak da la best sangat pun tapi ntah aku nak juga cerita..
malam sebelum 11/1 ni aku study la subjek microprocessor.. ni la pe yang aku kene belajar..teruk betul la..aku ni manufacturing bukan electronic ntah pape kene mengadap subjek ni..pape pun aku kena terima la kan..huuurrrmmm
malam sebelum 11/1 ni aku study la subjek microprocessor.. ni la pe yang aku kene belajar..teruk betul la..aku ni manufacturing bukan electronic ntah pape kene mengadap subjek ni..pape pun aku kena terima la kan..huuurrrmmm
aku study pun disebabkan besok tue nak exam..ni salah satu subjek yang aku takut untuk sem 4 ni..hahhaha takut la sangatkan..then dah la study sambil online facebook dengar lagu lagi tue..hahaha memang hampeh la nak masuk sangatkan.. masa tengah study tue aku punyer la lapar tahap gaban dah ni..masa tue dah lambat dah pukul hampir 1 pagi.. aq ngan kawan aku ni pegi la nak makan alih-alih kedai dah nak tutup..huhu terpakse tahan lapar..bila balik sambung la aktiviti aku sebelum keluar tadi..pe lagi study ahhh beb..then sedar tak sedar dah pukul 3 pagi.. aku pun dah ngantuk aku pun tidur ahhh.. dah la besok tue kelas pukul 9. pagi lab pulak tue..hahhaa terbaik dari ladang ahhh...then pagi tue aku bangun subuh lepas subuh aku tidur balik sebab terlalu ngantuk la katakan.. hahaha..lepas tue pulak aku terjaga la pukul 7.30 pagi.. sebab aku nak naik bus pukul 8..kelas pukul 9..budak baik ahhh katakan bangun awal nak pegi kampus awal..hahahah macam pe annn..bajet baik je kan..
saat kelas dah start :-lab metrology
group aku kene buat experiment tajuk ni :-
masa nak buat tue aku dengan bersemangat nak buat alih-alih technician try cuba test ahhh nak buat experiment rupanyer experiment yang kiteorang nak buat tue kene cancel..hahha sedih hilang terus semangat aku..nak tahu kenapa cancel???hahhaa of course la alatan dia da problem.. terpaksa la aku kena buat experiment lain..
then ni la tajuknya
dah la sample nak buat experiment ada satu je bagi setiap kumpulan
satu sample alatan yang nak digunakan tue dah la banyak
haissshhh geram pulak aku..selalunya kalau group aku buat experiment 30 minit dah siap..
tapi untuk experiment ni masa 3 jam yang diberikan tetap tak cukup..sampai experiment tak siap la...hahhaha kesian experiment tak siap..nampak sangat nanti bila nak buat report kene taipo resultnya la kan...
lepas tue aku keluar kelas dengan perasan tak puas aty... arrrgghh sakit pulak hati ni kan
hhaha aku rasa dah la tue untuk sebelum yang tengah hari... dah tibe masenya aku nak fokus betul2 untuk study sebab ada test petang nanti...addddiiiooouuussss
Tuesday, 8 January 2013
anak kembar
8 Mitos dan Fakta Tentang Anak Kembar
Jangan biarkan mitos tentang anak kembar menghantui ibubapa dalam cara membesarkannya. Rasa senang ketika tahu akan mendapat bayi kembar biasanya diiringi mitos-mitos menyesatkan dari sekeliling. Jangan panik, ibu harus tenang dan mencari mengetahui penjelasannya :
1. Mitos : Mana kakak, mana adik?
Fakta : Mitos orang lama2 yang mengatakan, bayi kembar yang lahir (keluar dari rahim) lebih dulu adalah adiknya, bukan kakak. Alasannya, kerana Si Kakak "membantu" adiknya untuk keluar. Padahal, dunia kedoktoran sepakat menyatakan, bayi yang lahir lebih dulu (berdasarkan tanggal dan waktu) adalah kakak, berikutnya baru adik.
2. Mitos : Si Baik Vs Si Jahat.
Fakta : Dalam mitologi lama, Si Kembar selalu digambarkan sebagai Si Baik dan Si Jahat atau pemimpin (biasanya yang lebih tua) dan pengikut. Katanya, ini terjadi kerana salah satu dari mereka sering kali dikait-kaitkan hingga ingin lebih hebat dari kembarnya, serta ingin mendapatkan perhatian lebih dari ibubapa dan orang di sekitarnya.
Padahal, tidak pernah ada bukti ilmiah yang menunjukkan kalau keperibadian kembar sebagai bentuk jenis persaingan. Yang biasanya terjadi, anak kembar akan memiliki keperibadian dan bakat yang unik serta selalu ingin saling melengkapi. Misalnya, yang satu pintar di bidang akademik, yang lain lebih hebat dalam olahraga.
3. Mitos : Anak kembar tidak boleh satu sekolah kerana akan mengganggu prestasinya.
Fakta : Ada beberapa sekolah yang menetapkan peraturan bahawa anak kembar tidak boleh ditempatkan di kelas yang sama. Alasannya, agar anak dapat mengembangkan identiti berdikari mereka dan tidak tergantung kepada kembarnya. Malah, alasan lainnya lebih melampau, aitu menjauhkan dari kemungkinan keduanya akan gagal jika berada di kelas atau sekolah yang sama.
Beberapa ahli menyarankan anak kembar untuk selalu bersama agar tingkah laku, emosi, dan pertumbuhannya dapat berkembang lebih baik. Jika pemisahan dilakukan, malah dapat merosak pengalaman pendidikan mereka. Dari sisi psikologi, setiap anak kembar biasanya merasa selesa berada dekat dengan kembarnya. Dan, ketika salah seorang dari mereka menghadapi masalah (pelajaran atau persahabatan), tentunya mereka akan lebih mudah untuk membantu
Yang jelas, ibubapa yang memiliki anak kembar, harus mempertimbangkan mengenai pemilihan sekolah yang boleh memajukan kemampuan anak masing-masing , termasuk hubungan dan individu serta gaya belajar anak. Caranya, kenali keperluan dan keperibadian anak kembar Anda, juga hubungan mereka berdua. Selanjutnya, ajak mereka berbincang mengenai pilihan sekolahnya. Apakah ingin sekolah di tempat yang sama atau yang berbeza?
4. Mitos : Jika salah satu anak kembar sakit, saudara kembarnya pasti sakit juga.
Fakta :Kandungan dari mitos ini adalah anak kembar mempunyai kemampuan daya pemikirang yang sama. Contohnya adalah jika yang satu tidak boleh menyelesaikan perkataannya, yang lainnya akan mampu membaca pikiran kembarnya dan menyelesaikan perkataannya.
Ini terjadi kerana anak kembar memiliki "code bahasa" yang tidak difahami orang luar selain mereka sendiri atau idioglossia . Kemampuan ini timbul kerana emosi mereka sudah bermula sejak sembilan bulan berada di rahim yang sama, begitu lahir dan tumbuh pun mereka selalu bersama.
Akan tetapi, hal yang hampir sama juga boleh terjadi pada suami-isteri, saudara dekat, teman baik (yang memiliki genetik ekstrim yang sama).
5. Mitos : Bayi kembar tidak boleh menerima Penyusuan eksklusif, ibu harus memilih salah satu.
Fakta : Menyusui bayi kembar memang banyak masalah, tetapi masih boleh dilakukan. Untuk kembar dua, jika perlu, Anda boleh menyusuinya bersama. Namun kalau tidak perlu atau anak kembarnya lebih dari dua, sebelum menyusu, perahlah susu dada anda dengan menggunakan alat pemerah manual atau elektrik dan menyimpannya dalam bekas khas.
Ketika proses menyusu, Anda boleh menyusui anak-anak bersama (yang satu terus ke dada Anda, yang lainnya dengan botol), tanpa salah satu diantara mereka menangis terlebih dahulu kerana kelaparan. Mintalah bantuan orang-orang di sekitar Anda untuk memudahkan proses penyusuan ini. Satu lagi, miliki buku untuk mencatat siapa yang mengisap payudara pertama kali dan siapa yang minum terakhir agar tidak lupa atau tertukar.
6. Mitos : Hanya lelaki (yang lahir kembar) yang dapat menurunkan gen kembar.
Fakta : Masing-masing generasi, sama ada lelaki atau perempuan, dari keluarga tertentu memiliki peluang yang sama dalam melahirkan bayi kembar. Akan semakin besar jika memang ada salah satu dari suami atau isteri yang memiliki gen kembar kemungkinan memiliki anak kembar akan semakin besar.
Kemungkinan memiliki anak kembar biasanya juga boleh terjadi kerana perempuan mengalami pelepasan sel telur secara berlebihan atau hiperovulasi. Pada akhirnya, hiperovulasi boleh menurun pada anaknya yang perempuan.
7. Mitos : Hanya anak kembar yang boleh memiliki keturunan kembar
Fakta : Peluang Kehamilan kembar memang sangat mungkin terjadi pada pasangan yang memiliki keturunan kembar. Namun, di era ilmu kedoktoran yang sudah semakin maju, sudah terdapat ubat kesuburan (biasanya yang memiliki masalah fungsi ovum/telur).
Dalam kes ini, terjadi kematangan dan pelepasan sel telur lebih dari satu yang kemudian dibenihi lebih dari satu sel sperma , hingga kehamilan kembar itu terjadi. Pembenihan dapat terjadi secara sendiri di dalam saluran telur atau di laboratorium pada kes bayi tabung uji.
8. Mitos : Anak kembar yang terpisah dari ibu mempunyai ketinggian yang lebih pendek.
Fakta : Jika tinggi badan anak tidak setinggi ibunya, lebih logik jika disebabkan gen bawaan dari ibubapanya, kurangnya nutrisi, dan stres. Meskipun demikian, anak yang tidak dipisahkan dengan ibunya, tentu akan mendapatkan perhatian lebih baik, dari segi fizikal dan mental. Sehingga masa pertumbuhan nya pada tahap maksima.
Tuesday, 18 December 2012
sayang tak terucap
alahai indahnyer hidup orang yang sayer suke tibe2 kate saya ni comel...hhehehehe..dye xtahu sayer suka dia diam-diam..nak luah malu..dah macam perigi cari timba..hurmmm hanya mampu jumpa dye dan beri senyuman jer la kan
Subscribe to:
Posts (Atom)



