FAKTA:BTD
Kebaikan
# Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.
# Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.
# Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.
# Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.
5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.
Keburukan
# Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.
# Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.
# Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.
# Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.
# Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.
Fakta
Diet untuk darah jenis A
Dr
Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam
kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya,
mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih
banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko
terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan
gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan
haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti
terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang
sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak,
keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah
terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu
kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu
darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan
mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat
menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat
yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan
pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan
jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi
telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang
dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur
itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran
kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali
jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo
menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan
berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan
ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang
banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
No comments:
Post a Comment