Sunday 31 July 2011

5 undang-undang kanser

Ini dia lima gejala tahi lalat yang boleh berubah menjadi kanser kulit :

Tidak sekata

Kebiasaannya, tahi lalat memiliki bentuk yang sekata dan teratur. Jangan lupa untuk memerhatikan setiap perubahan yang terjadi daripada bentuk hinggalah ke ukurannya.

Tepinya kasar

Seharusnya di bahagian tepi tahi lalat halus, lembut dan tidak berubah-ubah. Jika ia tiba-tiba kelihatan bengkak dan permukaannya berubah kasar, kamu harus berwaspada dan perlu berjumpa dengan doktor.

Berubah warna

Jika ada perubahan warna pada tahi lalat, sebaiknya jangan dianggap remeh.

Melebar dan terus melebar


Semakin besar diameter sesebuah tahi lalat ternyata risiko kamu untuk terkena kanser kulit
adalah semakin meningkat. Tahi lalat tidak normal jika ia terus melebar, membesar dan mempunyai diameter lebih dari 6mm!

Subur?

Tahi lalat yang membesar dengan kerap dalam jangka masa yang cepat tidak patut dibiarkan. Sama ada kamu segera berjumpa dengan pakar kulit untuk mengetahuinya dan segera dapatkan nasihat mereka untuk membuang tahi lalat tersebut

adkah anda hebat memasak

ANDA hebat memasak tetapi kehebatan itu hanyalah di kalangan keluarga dan rakan terdekat. Ramai memuji keenakan masakan anda tetapi setakat itu sajalah pengiktirafan yang anda terima walaupun dalam hati memang bercita-cita bergelar chef.