cintan cintun


for gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj07yaojStdmsA_Ysd2EXScDB046sQThhvHh-VbXAEAjXkhAwV4_4bEa43TlJoI20d5mA46e8v4rpU4-4lJLt0bnMV5m7_bpbS5t5U5qqt6_BAK7m8dQL8ROsqfDePpfKgNi99p95z-hZq2/s320/question.jpg
Soal Jawab
Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1*   Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2*  Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3* Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4* Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5*  Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah
* *  Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7* Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8* Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9*  Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
1*  Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal.
N* NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”



Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1*   Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3*   Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4*  Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5*  Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6*  Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8*  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9* Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
1* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
1*  Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
1*  Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
1* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
1* Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
1* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
1*  Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
1*  Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
1*  Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
1*  Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
*.  *Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

CINTA OH CINTA

Tanpa sedar, kita mungkin salah meletakkan pada siapa yang harus kita ingat lebih. Dan pada apa yang harus kita cinta lebih. Fikirlah, dalam sehari pada siapa yang kita selalu ingat? Atau benda apa yang paling banyak kita fikir?”

“Benda yang kita banyak fikir dalam sehari tulah, hakikatnya benda yang kita TERLALU CINTA! Orang yang kita sering teringat-ingat tulah, hakikatnya orang yang kita PALING CINTA!”

Sedangkan, hakikatnya kedudukan Allah patut paling tinggi antara semua benda! Dialah yang wajib kita CINTA melebihi apapun.”

Renungkan bersama ^^


PESANAN

‎::untuk gadis2 di luar sana::
Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
♡Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG

Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,

♡ Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI

Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
♡Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT

Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
♡Kerana disitu letaknya pintu SYURGA

perihal hati dan perasaan siiiooot

turun dari kereta --> kelam kabut masuk kelas --> naik tangga --> tak sengaja terlanggar budak laki --> nak terjatuh --> dia selamatkan --> hati terpikat --> couple --> jumpa ibu bapa --> bertunang --> bernikah ♥

#sweetkan#

berfikir sejenak yerrrr

Disaat kamu ingin meninggalkan dia, ingat lh pd saat kamu ingin memilikinya.

Disaat kamu mula tidak lg mencintainya, ingat lh saat pertama kamu mula jatuh cinta pd nya.

Disaat kamu mula menduakannya, ingat lh dia betapa setia cintanya.
...
Disaat kamu mahu menipunya, ingat lh setiap jujur katanya.


TANDA-TANDA PASANGAN CURANG

 Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda

1) Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

2) Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

3) Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.

4) Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.

5) Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

6) Menjawab panggilan telefon secara sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

7) Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.

8) Perubahan terhadap hubungan intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.

9) Bil pembayaran yang luar biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

10) Tidak memakai cincin yang diberikan- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.

sweeeeeeeeeeeeeeeeetttttt habis

shopping suami tinggi→isteri pendek→nk beli donat→isteri xnmpk→isteri tarik bju suami→suami pndng bwh ckp '' alololo,bini sape yg comel ni"




ni la dia lelaki yang aku crushhh....hurmmm hanya crush je yang aku mampu tak berani nak luahkan pada dia..

okey aku bagi tahu sikit labiodata dia

nama:saufi safiq
pekerjaan dia:tentera(tue yang buatkan aku terpikat dengan dia hehehe)
stay:actually dia ni budak taiping

sebab aku start crush ngan dia gara-gara membe aku la..aku kenal dia pun dari membe aku..tapi tue la masa aku kenal dia tue dia single..then sekarang dah berpunya la kot..yela muka dia pun boleh tahan la jugak kn.. 





macam mana pun akhirnya aku pendamkan perasaan suka aku pada dia..


13 SEBAB LELAKI MUDAH JATUH CINTA PADA WANITA LEBIH TUA

Memang ada sesetengah lelaki yang memang mudah suka atau jatuh cinta pada wanita berusia dan ini juga dipanggil “Mrs. Robinson Syndrome”. Kalau wanita lebih berusia berpacaran dengan lelaki lebih muda, mereka digelar ‘Cougar’. Selalunya dari pandangan skeptik masyarakat, hal ini berlaku kerana duit. Gadis muda suka pada lelaki tua kerana inginkan kesenangan, begitu juga dengan lelaki muda yang berpacaran dengan wanita lebih berusia. Pada pendapat anda sendiri, adakah jarak usia itu penting untuk mengekalkan keharmonian suatu hubungan cinta? Adakah pada mata lelaki, umur wanita itu penting dalam sesuatu perhubungan? Bagi wanita, mungkin jawapannya YA. Mereka amat risau dengan perbezaan umur dan jarak yang sesuai bagi mereka adalah 5 tahun.


Kenapa lelaki memilih untuk mencari pasangan dengan wanita yang lebih tua? Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.

1. Wanita berusia lebih matang
2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.
3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.
4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.
5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.
6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.
7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian
8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.
9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.
10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.
11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.
12. Wanita berusia mempunyai kewangan yang kukuh. Ini memudahkan pasangan kerana mereka tidak bergantungharap pada lelaki dalam soal belanja dan duit.
13. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.
Perbezaan umur tidaklah begitu penting di dalam sesuatu hubungan cinta. Bak kata orang, yang penting hati.

sebenarnya ku pun pernah lalui ada pasangan yang muda ni memang sweet ahh ..kita pulak dapat control dia hehe control tue control jugak tapi jangan la berlebihan yer.nanti jadi bukan-bukan pulak ehh..

1 comment: