Saturday 13 April 2013

auto cad punyer cite

aku sekarang ni dalam proses industrial training..haishh first tulis pun nampak sangat aku guna bahasa rojak ayat campur bm,bi..haiishhh budak zaman sekarang ni..tapi ada aku kisah hahhaha..
okey aku mulakan cerita industry yang aku dapat HICOM DIECASTING area shah alam seksyen 27 bhaii..giler jauh dengan tempat yang aku tinggal..aku tinggal area seksyen 7 pulak tue..
aku pergi kerja lebih kurang 25 minit ah..memang kene bangun awal giler. Department yang aku dapat ni mould engineering & development..Masa sebelum aku masuk aku dah di beritahu oleh industrial supervisor a.k.a en.lan merangkap PA aku department tue semua lelaki blinnnggg terkesima aku..hahhaha biar betul..aku dah mula ber fikir macam mane la aku nak buat keja dalam keadaan bilik tue yang semua lelaki..dah la open concept pulak tue..haiiisshhh problem betul...dah la kerja aku kat situ mengadap drawing je..boleh berpinar-pinar mata aku.. <berpinar-pinar> hahaha terlalu berbahasa la pulak kan..kena updates lagi,check dimension lagi,new register lagi,check kemasukkan die drawing baru,nak buat auto cad drawing lagi, kena masuk workshop dia check setiap casting yang dah siap setiap jam dan macam-macam lagi ahhh

hehehe rasa nak post gambar yang menarik je bagi aku

hahha aku rasa ni je la drawing yang aku boleh buat tanpa bantuan supervisor aku..

ni holder 2190

housing 6 cavity(item 10)


bush holder 

housing 6 cavity (item 2)


housing 6 cavity(item 4)

housing 6 cavity (item 7)

piston bottom cone


case transaxle

sekarang aku dah dapat belajar banyak sangat tip-tip dari en. lan hehhehe nasib dia jenis yang sporting dan tahan dengan perangai aku yang banyak tanya ni..

hehehe adious

Thursday 4 April 2013

150 juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/11/lirik-lagu-150-juta-ainan-tasneem.html#ixzz2PUfKQt1K

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan yerrr ~jangan dianggap mengongkong~



Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Tip Cinta
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Wednesday 3 April 2013



LEMBUT HATI - Lelaki lebih cenderung untuk jatuh cinta dengan seorang wanita yang lembut, berbanding dengan perempuan yang bersikap dingin aka kerek. Kebanyakan lelaki suka perempuan yang mempunyai sifat keibuan dan mengambil berat terhadap diri mereka.

BERSEDERHANA - Kebanyakan lelaki juga sering jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap sederhana. Kesederhanaan dalam tingkah laku, berpakaian dan bercakap adalah apa yang lelaki cari untuk perhubungan jangka panjang. Meskipun lelaki sering mencari perempuan yang 'hot', namun rasa 'hot' tu tidak akan kekal lama . Ibarat kereta ferrari, semakin 'hot' seorang perempuan tu, semakin tinggi kos 'maintainance' nya.


FEMININ- Tidak dinafikan lagi lelaki suka perempuan yang mempunyai ciri feminin. Feminin disini bermaksud adakah seseorang perempuan itu mempunyai ciri penyayang, lemah lembut, mengambil berat dan berperibadi yang baik. Ini kerana bagi lelaki, perempuan bersikap feminin mampu melengkapi kekurangan pada diri mereka. Namun, jika seorang lelaki itu menyukai perempuan bersifat maskulin, kemungkinan besar lelaki itu mempunyai sifat feminin.

SUARA - Perempuan secara semulajadi dikurniakan suara yang difikirkan bagi lelaki amat menarik. Tidak kira sama ada suara perempuan itu serak basah, lembut, kuat atau pun bernada tinggi, pasti saja ada yang mampu membuat lelaki tertarik.

SENYUMAN - Jika anda ingin membuat seorang lelaki tergila-gilakan anda apatah lagi syok sendiri, anda berilah senyuman yang ikhlas pada dia. Sudah tentu dia akan mula melekat pada anda. Wajah perempuan yang tersenyum lebih mudah diingati berbanding wajah yang muram.
MATA

- Selain senyuman, cara perempuan memandang lelaki juga mampu membuat lelaki tertarik. Masih ingat lagu 'Dari Kerberlatih menghadap cermin memandang seperti pontianak.





RAMBUT - Kebanyakan lelaki mendapatkan tertarik dengan rambut agak panjang terutama mereka yang berambut panjang mencecah bahu kerana ianya kelihatan lebih feminin. Tapi sesetengah lelaki jugak suka perempuan yang berambut pendek. Nampak cute dan comei gitu....

TUBUH BADAN - Tak dapat disangkal lelaki mendapati tubuh badan perempuan amat mempengaruhi seseorang perempuan itu menarik atau tidak ialah ketinggian, bibir, dan terutama bahagian payudara dan punggung. Terliur der.....Kalau jalan nampak amoi tunjuk tali bra pun rasa macam nak tarik je...'Tas'..'Tas'....

BERKEYAKINAN - Akhir sekali, sesetengah lelaki suka perempuan yang berkeyakinan. Ia seolah-olah perempuan berkenaan mampu menyokong lelaki dan membantu lelaki dalam kehidupan mereka.