Monday 19 December 2011

hargai permaisuri hatimu


Hargai Pemaisuri Hatimu
TIADA APA YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK  MENARIK PERHATIAN SEORANG GADIS MELAINKAN SI TERUNA MAMPU MEMBUATKAN MEREKA RASA ISTIMEWA. WALAUPUN SETIAP LELAKI MEMPUNYAI CARA YANG TERSENDIRI MENYANJUNGI PERMATA HATI, NAMUN TERDAPAT JUGA BEBERAPA TEKNIK YANG BOLEH DIIMPLIMEN BAGI MEMBUATKAN SI HAWA RASA ISTIMEWA DAN DIHARGAI.

1.Awak sangat bermakna dalam hidup saya 
Tidak menjadi satu kesalahan jika kamu memberitahu sang kekasih bahawa  kehadiran mereka amat bermakna dalam kehidupan kamu. Apabila mengutarakan perkara ini, secara tidak langsung akan membuatkan mereka rasa seperti diperlukan. Kamu bolehlah memberitahu perubahan yang telah berlaku dalam kehidupan selepas kehadiran mereka sebagai contoh terbaik.

2.Saya layan awak berbeza bukan? 
Besar maknanya jika kamu membezabezakan layanan kamu terhadap si  dia berbanding rakan-rakannya. Tanpa pengetahuan, perkara ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan berkasih. Lelaki kadangkala merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai seorang rakan, hubungan akan menjadi lebih rapat. Pemikiran sebegini sebenarnya tidak tepat sama sekali. Perbezaan yang kamu tunjukkan itu sedikit  sebanyak akan membuatkan mereka rasa istimewa. 

3.Awak jangan bimbang... Saya kan ada! 
Sudah menjadi lumrah seorang lelaki,  memberikan perlindungan kepada mereka yang lebih lemah. Para gadis  pastinya akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu membuatkan mereka berasa selesa dan selamat. Tidak perlu disangkal lagi bahawa setiap perlindungan yang kamu hulurkan akan membuatkan mereka rasa lebih istimewa.   

4.Saya runsing, apa kata awak? 
Tidak semestinya pendapat kamu saja yang penting, pendapat dia pun ada betulnya  juga. Hormatilah pendapat pasangan kamu. Lambat laun mereka akan merasakan bahawa kamu menganggap kewujudan mereka penting di dalam kehidupan kamu. Jika kamu turut mengambil kira apa yang disuarakan, nescaya si dia akan rasa dihargai.

No comments:

Post a Comment